suria

Selangor kekal jangkitan tertinggi, Malaysia rekod 2,985 kes Covid-19... empat lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,985 kes baharu, menjadikan keseluruhan 144,518 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 32,377 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Rabu melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 837 kes, diikuti Johor, 535 kes dan Sabah sebanyak 450 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Paling tinggi! Malaysia rekod 3,309 kes Covid-19, empat lagi kematian

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 2,985 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 563 kes," katanya pada sidang media, petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 994 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 111,578 kes.

"Sehingga kini, terdapat 197 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 11 kluster baharu dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain