suria

Paling tinggi! Malaysia rekod 3,309 kes Covid-19, empat lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,309 kes baharu, menjadikan keseluruhan 141,533 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 30,390 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Selasa melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,007 kes, diikuti Johor (442 kes) dan Sabah sebanyak 409 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 3,309 kes baharu yang dilaporkan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 559 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.



Kes kematian pada 12 Januari 2020.

Beliau berkata, sebanyak 1,469 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 110,584 kes.

"Sehingga kini, terdapat 190 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 83 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 11 kluster baharu dikesan pada Selasa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain