suria

Timbalan menteri Zahidi pula positif Covid-19

Zahidi disahkan positif Covid-19. foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19.

Pejabat timbalan menteri itu dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan bahawa Zahidi menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Isnin.

Beliau sebelum ini menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Disember lepas dan keputusannya adalah negatif.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamzah Zainudin pula sah positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi menteri positif Covid-19, Rina Harun dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Pa disahkan positif Covid-19

Menurut kenyataan itu, Zahidi dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Besar kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Zahidi merupakan anggota Kabinet yang keempat disahkan positif Covid-19 dalam tempoh seminggu, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain