suria

Lagi menteri positif Covid-19, Rina Harun dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

Rina Harun disahkan positif Covid-19. – MOHD SAHAR MISNI/The Star

LAGI menteri disahkan positif Covid-19.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh pejabatnya pada Isnin, Rina disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan, Ahad malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tok Pa disahkan positif Covid-19

"Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam (Ahad)," katanya.

Rina dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada pukul11 pagi Isnin, bagi pemantauan lanjut.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Titiwangsa itu akan mematuhi garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Beliau memohon maaf jika perkara ini menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudah segala urusan untuk semua.

"Beliau juga akan memastikan, semasa ketiadaan beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala operasi kementerian akan tetap berjalan seperti biasa," katanya.

Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain