suria

Covid-19: Selangor kekal catat jumlah kes harian tertinggi, 9 lagi korban

Malaysia merekodkan 2,433 kes positif Covid-19 pada Ahad. Foto: Bernama

JANGKITAN Covid-19 pada Ahad merekodkan 2,433 kes baharu, menjadikan keseluruhan 135,992 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 27,332 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,433 kes baharu yang telah dilaporkan, 2,426 merupakan kes tempatan dan baki tujuh kes merupakan jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 lagi korban Covid-19, Malaysia rekodkan 2,451 jangkitan terbaharu... 177 di ICU

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada Ahad dengan 730 kes. Ini diikuti oleh Sabah (403) dan Johor (321).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan sembilan kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 551 kes.

"Sehingga kini, terdapat 171 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada hari ini, 1,277 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 108,109 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Berikut ringkasan kes kematian pada Ahad:

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain