suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ku Li pula positif Covid-19

Ku Li dilaporkan positif Covid-19. foto AZMAN GHANI/ The Star

VETERAN Umno dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif Covid-19, menurut sumber.

Menurut sumber, Tengku Razaleigh menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas menjalani ujian saringan, baru-baru ini dengan keputusan positif.

Sumber itu juga mengatakan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, Tengku Razaleigh merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff yang disahkan positif Covid -19 baru-baru ini.

Pada Sabtu lalu, Ab Aziz dan Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid -19.

Pada Isnin, Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim juga dilaporkan positif Covid-19. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain