suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘Datuk’ disyaki pukul lelaki di restoran sedang dikesan polis

Tangkapan skrin video pergaduhan melibatkan seorang lelaki bergelar 'Datuk' dengan seorang lelaki di sebuah restoran di Petaling Jaya.

SEORANG lelaki bergelar 'Datuk' sedang diburu oleh pihak polis ekoran disyaki memukul seorang lelaki di sebuah restoran di Persiaran Tropicana, Selasa lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dipetik Harian Metro, difahamkan punca kejadian dipercayai akibat mangsa yang berusia 31 tahun menegur suspek kerana bising.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/503/506 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, satu video berdurasi 29 saat menunjukkan suspek memukul seorang lelaki di restoran berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Ku Li pula positif Covid-19

Artikel Lain