suria

Tujuh positif Covid-19 direkodkan, tiada kes baharu babitkan kluster Sivagangga

Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Sabtu. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan tujuh kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,070 kes setakat Sabtu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 170 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada tujuh kes baharu yang dilaporkan, enam kes adalah jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan tiga warga asing.

ARTIKEL BERKAITAN: 25 kes baharu Covid-19, jangkitan nasi kandar di Kedah kini merebak ke Perlis, Pulau Pinang

Sementara itu, satu kes penularan tempatan adalah melibatkan seorang warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan.

"Beliau mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Mei 2020. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar," katanya sambil menambah, tiada kes baharu dilaporkan dalam kluster PUI Sivagangga pada Sabtu.

Menurut Dr Noor Hisham, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada Sabtu.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata, sebanyak 47 kes yang telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,775 kes.

"Sehingga kini, terdapat dua kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Sivagangga

Artikel Lain