suria

Dulu kantoi edit foto 6 pack, sekarang badan betul-betul berketul... siap buka gim sendiri - “Bila keluar penjelasan di mStar, lebih kuat semangat saya”

(kiri) Foto 'troll' disunting dengan imej six pack. (kanan) Badan Shazwan benar-benar mempunyai six pack. Foto twitter ibnuzafran/ rotan.photo

WAH! Berketul-betul. Gara-gara menyunting gambar perut sehingga menampakkan imej ketulan otot kekar atau six pack, seorang pemuda dikecam netizen.

Suntingan menerusi gambar yang dirakamkan berdiri di sebelah cermin 'kantoi' apabila imej pantulan menunjukkan pemuda berkenaan tidak mempunyai six pack.

Susulan itu, portal hiburan dan gaya hidup nombor satu Malaysia, mStar mendapat penjelasan daripada pemuda berkenaan, Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai pada Julai 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara foto six pack, pemuda kaki 'troll' disindir tak edit imej pada cermin,"Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room"

ARTIKEL BERKAITAN: Video 25 saat tunjuk six pack bawa padah, pemuda jadi mangsa body shaming – "Perempuan Melayu tak suka orang lain tengok boyfriend mereka"

Rupa-rupanya foto tersebut sekadar troll atau sindiran sinis yang dibuat oleh Shazwan kepada rakan-rakan dan pengikutnya di laman sosial.



Transformasi badan Shazwan dari kurus ke sado.

Beberapa bulan kemudian pada Oktober, Shazwan sekali lagi mendapat perhatian menerusi video berdurasi 25 saat yang memaparkan dirinya tidak berbaju di gim.

Walaupun berniat untuk memberi motivasi, Shazwan menjadi mangsa body shaming kerana menayangkan badannya yang betul-betul mempunyai six pack ketika itu.



Persiapan Shazwan menyertai pertandingan badan cantik.

Mengimbas kembali kisah badan sadonya bersama mStar, pemuda yang kini berusia 23 tahun berkata, dia tidak mengambil peduli sebarang kritikan negatif atau kutukan selepas kisah mengenai dirinya tular dua kali.

"Gambar edit six pack tu saya buat troll sebab nak beri motivasi pada diri sendiri masa tu untuk menyertai pertandingan bina badan pada akhir tahun.

Mereka akhirnya nampak perubahan ketara pada badan saya. Ramai yang mahu mengambil khidmat saya sebagai personal trainer, baik lelaki termasuk perempuan

SHAZWAN

"Video 25 saat tu pula sebenarnya nak tunjuk transformasi yang saya dah ada six pack untuk bersedia menyertai pertandingan," katanya.

Impaknya, pemuda yang merupakan jurutera projek itu layak menyertai pertandingan bina badan dan badan cantik, Mr Enrich 2019 di Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.



Shazwan menyertai pertandingan Mr Enrich 2019.

Dalam percubaan pertama itu, Shazwan yang berasal dari Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, Selangor berkata, dia terpilih sebagai 20 peserta akhir bagi kategori badan cantik bagi Bakat Baru dan Bawah 170 Sentimeter.

"Bila keluar penjelasan saya di mStar, lebih kuat semangat saya untuk mencapai misi menyertai pertandingan badan cantik, dari tak ada six pack sampai ada ketul-ketul.

"Mereka akhirnya nampak perubahan ketara pada badan saya, lebih-lebih lagi semasa menyertai pertandingan. Selepas itu, ramai yang mahu mengambil khidmat saya sebagai personal trainer (jurulatih kecergasan peribadi) baik lelaki termasuk perempuan," katanya.



Menjadikan kecaman netizen sebagai motivasi, Shazwan terus berusaha untuk mencapai misinya.

Terkini, anak kedua daripada enam beradik itu memiliki gim sendiri di Bandar Saujana Putra yang mula beroperasi sejak awal tahun.

"Tahniah kepada mStar kerana sudah 15 tahun terus bertapak dalam industri. Makin lama makin gah. Saya pun berharap penglibatan saya turut terus berkembang.

"Next target saya adalah pertandingan bina badan pula, insyaAllah bakal diadakan pada 2021. Bagi saya, tiada yang mustahil asalkan ada usaha.

"Kalau kena kecam, jangan down. Jadikan kecaman itu sebagai motivasi untuk kita mencapai apa yang dihajati," kata Shawan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain