suria

Gara-gara foto six pack, pemuda kaki ‘troll’ disindir tak edit imej pada cermin, “Perut saya kejang sampai terbaring dalam fitting room”

Shazwan mendapat kritikan ekoran gambarnya dikatakan disunting bagi menampakkan six pack. Foto Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai

RAMAI lelaki idamkan bentuk tubuh  badan menarik, berbadan sado dan memiliki ketulan otot yang kekar atau six pack.

Maka tidak hairanlah ramai yang mula rajin ke gim untuk membina badan, dengan bersenam dan mengangkat berat.

Sekeping foto yang dimuat naik di laman sosial oleh seorang pemuda menarik perhatian netizen, apabila menunjukkan six pack yang dirakamkan berdiri di sebelah cermin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok gadis berbaju Melayu, pemuda sado cabar diri pakai baju kelawar... Alamak! Mak tambah pakej “tepek bedak sejuk, pakai anak tudung”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘sado’ sanggup kumpul syiling kerana badan, elak aksi berseluar dalam

“Alahai awak lupa nak edit reflection,” kata seorang netizen apabila ‘kantoi’ perut pemuda itu tidak mempunyai six pack berdasarkan imej pantulan pada cermin.

Perkongsian Shazwan di laman sosial mencetuskan tanda tanya netizen.

“Bro, dekat cermin tu edit sekali,” ujar seorang lagi.

Reflection: Am I a joke to you? (Refleksi: Adakah saya menjadi bahan gurauan buat kamu?” komen seorang netizen dengan nada sindiran.

Pemuda berkenaan, Muhammad Shazwan Zafran Abdul Khai berkata, gambar tersebut sekadar troll atau sindiran sinis kepada rakan-rakan dan pengikutnya di laman sosial.

Sebahagian komen netizen mengenai gambar six pack Shazwan.

Mengakui gambar berkenaan disunting pada bahagian perut, pemuda berusia 22 tahun itu menjelaskan ia sebagai inspirasi untuk mempunyai badan menarik seperti idolanya atlet bina badan antarabangsa, Sadik Hadzovic.

“Ya, gambar tu saya sunting untuk menampakkan six pack. Memang sengaja tak sunting pada reflection kat cermin tu sebab saja nak kasi troll pada rakan-rakan dan netizen.

“Siapa yang mengenali saya, mereka tahu yang saya ni kaki troll, suka menyakat, bergurau dan buat lawak,” katanya kepada mStar.

Shazwan mengakui gambar yang tular itu disunting untuk dijadikan sebagai bahan gurauan.

Namun, siapa sangka pemuda yang diperli kerana menyunting imej six pack pada perut sebenarnya merupakan jurulatih kecergasan peribadi secara sambilan.

Shazwan yang berasal dari Bandar Saujana Putra di Kuala Langat, Selangor itu mula berkecimpung dalam aktiviti kecergasan dan bina badan sejak berusia 18 tahun.

Dalam gambar yang tular tu memang saya akui tak ada six pack, tapi saya pernah ada six pack sebelum ini

SHAZWAN

“Lepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saya mula masuk gim dan berlatih. Mula menjadi jurulatih kecergasan secara sambilan sejak tahun lalu.

“Nak jadi jurulatih kecergasan ni mesti kena ada badan yang menarik. Kalau tak, macam mana nak meyakinkan pelanggan untuk melatih mereka.

“Dalam gambar yang tular tu memang saya akui tak ada six pack, tapi saya pernah ada six pack sebelum ini,” ujarnya yang bekerja dalam bidang kejuruteraan sepenuh masa.

Mula menyertai aktiviti membina badan sejak berusia 18 tahun.

Anak kedua daripada enam beradik itu mendedahkan, kali terakhir dia memiliki six pack adalah pada bulan puasa lalu, dan kini dalam proses membesarkan badan untuk menyertai pertandingan bina badan akhir tahun ini.

“Sekarang ni saya dalam proses sizing (membesarkan otot) selepas Hari Raya, dan cutting (membentuk otot) pula pada September nanti.

“Jadi, bila tengah sizing memang tak akan nampak six pack sebab badan tengah membesar. Tunggu saya masuk pertandingan nanti, masa tu perut saya berketul-ketul,” katanya secara berseloroh.

Shazwan bersama rakan-rakan di gim.

Dalam pada itu, Shazwan turut berkongsi pengalaman lucu melakukan senaman abdomen untuk mendapatkan six pack, beberapa hari sebelum Hari Raya.

“Esoknya saya nak pergi beli baju raya, masa nak cuba seluar kat dalam fitting room (bilik persalinan), tiba-tiba perut saya kejang.

“Sakitnya sampai buat saya terbaring dalam bilik tu selama kira-kira lima minit. Nasib baik bapa saya check, dia gelakkan saja,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
troll, six pack, gim, sado

Artikel Lain