suria

Kisah duka dikongsi Tunku Azizah menjelang hari pertabalan Agong buat ramai hiba.... “Nangis pun cantik”

Tunku Azizah tidak dapat menahan sebak ketika ditanya mengenai reaksinya menjelang Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini.

MENJELANG Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi perasaannya mengenai hari bersejarah itu.

Jelas Tunku Azizah, baginda berasa amat sebak dan hiba kerana hari penuh bersejarah itu diraikan tanpa kehadiran ayahanda dan bondanya.

"Nampak tak saya tengah menangis sedih. ... (kerana) bonda tak ada, Tuanku (ayahanda baginda) tak ada jadi sedihlah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf... terdelete, tak sabar nak jadi pengantin baru lagi agaknya!” - Tweet Raja Permaisuri Agong buat ramai terhibur

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok makan durian pakai camca garfu” - Tunku Azizah kongsi tip makan raja buah

"Tapi yang sedih sekali, sebak dada kerana saya dan Tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda kita berdua duduk dan bonda kita berdua menggunakan takhta semasa mereka menjadi Agong.

"Dan Tuanku dengan saya akan menggunakan singgahsana itu juga. Itu yang saya sebak. Hiba sungguh kerana ya lah mak bapa kita tak ada, tak dapat nak tengok (Hari Pertabalan)," katanya.

Tunku Azizah berkongsi gambar bonda dan ayahanda baginda di Twitternya.

Reaksi Tunku Azizah dirakam pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim yang juga 'tukang jahit' baginda dan suaminya, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan ketika video itu diambil Tunku Azizah hadir untuk sesi fitting pakaian bersempena hari bersejarah itu.

Ditanya mengenai harapan baginda menjelang hari bersejarah itu, Tunku Azizah meminta rakyat Malaysia agar mendoakan kesihatan mereka dan berharap majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Tapi yang sedih sekali, sebak dada kerana saya dan Tuanku akan duduk atas singgahsana yang ayahanda kita berdua duduk dan bonda kita berdua menggunakan takhta semasa mereka menjadi Agong.

TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH.

"Doakan saya dan Tuanku selamat, panjang umur, sihat walafiat... dapat menjalankan kerja-kerja kami, tugas-tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong sebaik-baiknya. Berkhidmat kepada rakyat. Doakanlah," katanya sambil mengesat air mata.

Sejak dimuatnaik pada Jumaat, video itu mendapat 61,952 tanda suka.

Tunku Azizah dan suamninya, Al-Sultan Abdullah.

Rata-rata netizen turut sebak menyaksikan video tu dan menitipkan doa kepada baginda berdua.

"Kami tengok pun sebak. Paling bermakna dalam sejarah Malaysia. Pahang dan Johor bergabung menjadi Agong kali ini. Letop," tulis Ady.

"Nangis pun cantik. Permaisuri Agong yang pertama yang sangat saya kagumi. Daulat Tuanku. Sejuk mata tengok Tuanku. Putih gebu," kata Cik Mah.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain