suria

“Maaf... terdelete, tak sabar nak jadi pengantin baru lagi agaknya!” - Tweet Raja Permaisuri Agong buat ramai terhibur

Gambar Tunku Azizah dan Sultan Abdullah yang memakai pakaian diraja menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati baginda.

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali netizen sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dan ia jelas kerana baginda aktif di media sosial.

Selepas perkongsiaan mengenai durian, terbaharu baginda memuat naik gambar bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitternya.

Gambar Tunku Azizah dan Sultan Abdullah yang memakai pakaian rasmi menjadi tumpuan netizen gara-gara kapsyen mencuit hati baginda.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok makan durian pakai camca garfu” - Tunku Azizah kongsi tip makan raja buah

ARTIKEL BERKAITAN: Saya panggil ini 'kecederaan media sosial' - Tengku Puan Pahang

“Maaf… terdelete kerana tidak check terlebih dahulu sama ada gambar rasmi boleh dishare atau tidak.

“Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya! Selamat Pengantin Baru…” tulis Sultanah Pahang ini.

Posting tersebut mendapat 3,435 ulang kicau dan 8,298 tanda suka sejak dimuat naik pagi Selasa.

Selain itu, Tunku Azizah turut berkongsi gambar perkahwinan diraja dengan Sultan Abdullah.

Dalam ruang komen gambar itu, seorang netizen bertanya kepada Tunku Azizah mengapa tengkolok berubah untuk setiap Yang di-Pertuan Agong.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Tunku Azizah berkata setiap Agong akan mempunyai tengkolok masing-masing.

Ada juga netizen yang meminta agar Tunku Azizah berkongsi tip kecantikan.

“Terima kasih di atas maklum balas Tuanku. Kami tidak sabar menyaksikan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Julai ini.

“Juga tidak sabar untuk melihat potret baharu di dinding dan restoran. Kami juga merindui potret rasmi Raja Permaisuri Agong, sudah tiga tahun sejak kami melihatnya buat kali terakhir,” tulis seorang pelayar Twitter.

Bagai pinang dibelah dua. Ni bukan raja sehari, raja setiap hari. Appreciate your social media engagement.

NETIZEN

Bagaimanapun Tuanku Azizah membetulkan tempoh ketiadaan potret Raja Permaisuri Agong yang ditulis netizen itu.

“Dua tahun,” tulis baginda.

Dalam pada itu, seorang netizen turut meminta Tunku Azizah untuk berkongsi tips kecantikannya.

“Tunku Permaisuri minta share skincare routine… cantiknya,” tulis Nur Dalila.

Seorang netizen turut mencelah dengan berkata walaupun baginda berkongsi rutin penjagaan kulit wajahnya dengan kita, sudah tentu kita tak mampu untuk beli produk tersebut.

Paparan skrin posting di Twitter.

“Hahahaha. Saya tahu tetapi saya hanya ingin tahu rutin hariannya. Kita tak mampu untuk buat facial spa setiap hari,” kata Nur Dalila.

Sementara itu, ramai netizen turut memuji kecantikan Tunku Azizah dan ketampanan Sultan Abdullah.

Foto yang mengimbas memori lama.

“Bagai pinang dibelah dua. Ni bukan raja sehari, raja setiap hari. Appreciate your social media engagement.

At least the rakyat will feel close to the rulers. Daulat Tuanku!,” tulis Fikri Hasyim.

Sultan Abdullah akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Justeru kerajaan mengumumkan tarikh itu sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain