suria

Akhirnya! Tun M umum parti Melayu baharu ‘bebas’

Dr Mahathir (kanan) dan Mukhriz pada sidang media mengumumkan parti baharu. Foto China Press

BEKAS Pedana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan sebuah parti politik baharu berasaskan kepada perjuangan Melayu.

Dr Mahathir berkata, parti yang belum diberi nama itu dan masih belum didaftarkan, tidak akan terikat dengan pembangkang Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional.

“Parti yang berasaskan kepada perjuangan Melayu ini akan menjadi parti bebas dan akan menegakkan perjuangan awal memerangi rasuah.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa jam lagi, Tun M bakal umum parti baharu

"Kita sekarang akan panggilnya Parti Bebas. Presiden sementara ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir," katanya.

"Ya, saya fikir saya adalah pengerusi buat masa sekarang," kata Dr Mahathir.

Dalam sidang media petang Jumaat, Dr Mahathir turut memberitahu bahawa parti itu berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Slim.

Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang difailkan Dr Mahathir dan yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dengan membenarkan permohonan Muhyiddin dan tiga lagi defendan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Rohani Ismail pada Jumaat memutuskan bahawa Dr Mahathir dan lima lagi plaintif tidak mempunyai lokus standi untuk mengemukakan tindakan undang-undang terhadap defendan.

Beliau juga memutuskan bahawa mahkamah berpandukan peruntukan undang-undang dan kes di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 mahkamah mendapati Seksyen 18C terpakai dalam kes sekarang.

Pada 23 Julai lalu, Dr Mahathir berkata, beliau akan membentuk parti baharu sekiranya keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain