Beberapa jam lagi, Tun M bakal umum parti baharu

Tun Dr Mahathir dijangka mengadakan sidang media mengenai pembentukan parti baharu pada petang Jumaat. Foto: The Star

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan pembentukan sebuah parti politik baharu petang Jumaat, demikian menurut sumber.

Parti baharu itu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia, nama yang hampir menyerupai bekas parti yang disertai beliau sebelum ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut sumber, satu sidang media bagi mengumumkan parti baharu oleh Dr Mahathir itu akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M dakwa haknya dinafikan, langkah seterusnya... undi tak percaya di Dewan Rakyat

Pembantu Dr Mahathir ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut.

Namun pemeriksaan di hotel tersebut menunjukkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk Dr Mahathir mengadakan sidang media pada petang Jumaat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Jumaat membenarkan permohonan Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengenepikan saman Dr Mahathir dan empat lagi anggota parlimen yang mencabar pemecatan mereka daripada Bersatu.

Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu dengan mengatakan bahawa Dr Mahathir dan plaintif lain tidak mempunyai lokus untuk menuntut apa yang mereka dakwa bahawa penamatan keahlian Bersatu sebagai tidak sah.

Pada 23 Julai lalu, Dr Mahathir memberitahu bahawa jika keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, dia akan membentuk parti baharu. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tun M, parti baharu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik