suria

Selepas Guan Eng, isteri pula ditahan SPRM

Isteri Lim Guan Eng, Betty Chew ditahan SPRM pada Jumaat. (Gambar fail)

ISTERI kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng iaitu Betty Chew ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town, Pulau Pinang, pada Jumaat.

Chew yang dipanggil untuk disoal siasat, ditahan dan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000.

"SPRM menahan Chew selepas saya temankan dia untuk diambil keterangannya," kata peguam Chew, Lee Khai.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng mengaku tak bersalah, diikat jamin RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng ditahan berhubung kes projek terowong dasar laut

Chew dilihat memasuki pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, ditemani keluarga Guan Eng dan setiausaha DAP negeri, Senator Lim Hui Ying pada pukul 10.45 pagi.

Lee Khai berkata, Hui Ying tidak terlibat dalam kes itu dan beliau membuat jaminan setelah Chew ditahan.

Chew dijangka didakwa bersama seorang ahli perniagaan, Phang Li Koon di mahkamah SPRM di Butterworth, minggu depan.

Terdahulu pada Jumaat malam, Guan Eng ditahan SPRM berhubung kes projek terowong dasar laut - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Betty Chew, Lim Guan Eng, ditahan, SPRM,

Artikel Lain