Guan Eng tiba di mahkamah, berdepan tuduhan rasuah projek terowong dasar laut

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berdepan tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion. Foto: The Star

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi berdepan dengan tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion di negeri itu.

Guan Eng, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, tiba pada pukul 9.07 pagi dengan diiringi beberapa pegawai badan pencegahan rasuah itu,

Beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang yang juga bapanya, Tan Kok Wai, dan P Ramasamy tampil di kompleks mahkamah bagi menunjukkan sokongan.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng ditahan berhubung kes projek terowong dasar laut

Turut kelihatan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang lain seperti Tony Pua, Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Dr Xavier Jayakumar dan Chow Kon Yeow.

Guan Eng terdahulu meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 8.30 pagi.

Guan Eng ditahan Khamis malam di ibu pejabat badan pencegah rasuah itu berhubung kontroversi kes projek terowong dasar laut.

Kontroversi projek terowong dasar laut bernilai RM 6.3 bilion sekali lagi disiasat oleh SPRM berhubung petunjuk baharu.

SPRM telah menyoal siasat beberapa individu berhubung kes tersebut.

Ini termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan anggota exco, Jagdeep Singh Deo, Chong Eng, dan Phee Boon Poh.

SPRM juga difahamkan turut mengadakan serbuan ke pejabat Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari dan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy di Komtar, Pulau Pinang.

Guan Eng berkhidmat sebagai ketua menteri Pulau Pinang antara 2008 dan 2018. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik