GEMPAR! Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Suhaimi Sulaiman mengumumkan peletakan jawatannya.
Suhaimi pada Khamis mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bernama, berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, surat itu dihantar pada Khamis kepada Lembaga Pengelola Bernama dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Sulaiman mampu bawa idea segar untuk transformasi Bernama dalam era digital
“Ya, saya sudah menghantar surat peletakan tersebut. Namun ia terpulang kepada keputusan lembaga pengelola dan juga menteri, ” katanya ringkas kepada Bernama.
Suhaimi, 58, yang merupakan seorang personaliti penyiaran dilantik sebagai Pengerusi Bernama bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Februari lepas.
Sebelum dilantik Pengerusi Bernama, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro Awani. - Bernama
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


