Kantoi ‘curi-curi’ hisap vape dalam Dewan Rakyat, ini penjelasan Hishammuddin

Video menunjukkan Hishammuddin menghisap vape di Dewan Rakyat tular di media sosial.

KECOH sebuah video yang memaparkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghisap vape semasa sidang Parlimen tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan Hishammuddin 'curi-curi' menghisap vape di sebalik topeng muka, ketika Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedang berbahas di Dewan Rakyat.

Klip video berdurasi lapan saat itu dipercayai dirakamkan pada Isnin, semasa Dr Ka Siong berbahas.

Hishammuddin bagaimanapun tampil membuat permohonan maaf di Twitter dan berjanji tidak akan menghisap vape semasa sidang Parlimen.

"Maaf, saya tak sedar - ia dah jadi habit (tabiat) baru. Saya mohon maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi," tulisnya di Twitter.



Penjelasan Hishammuddin di Twitter.

Merokok adalah dilarang di Parlimen dan peraturan tersebut diperketatkan semasa pentabiran kerajaan Pakatan Harapan.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengisytiharkan Parlimen sebagai kawasan larangan merokok pada Oktober 2018.

Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang itu boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 dan boleh didenda hingga RM10,000 atau hukuman penjara sehingga dua bulan, atau kedua-duanya. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik