suria

21 kes baharu Covid-19, semua rakyat Malaysia termasuk 3 jangkitan Kluster Sivagangga

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Foto Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 21 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,023 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 196 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 1 kes baharu Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada arahan kepada yang balik raya di Kubang Pasu... ini senarai individu perlu buat saringan Covid-19

Menurut Dr Noor Hisham, selain itu, kesemua enam kes penularan di dalam negara juga adalah dalam kalangan rakyat tempatan di mana tiga daripadanya melibatkan Kluster PUI Sivagangga di Kedah.

Setakat Rabu, beliau berkata, terdapat 24 kes positif di bawah kluster tersebut.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 18 kes yang telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,702 kes.

"Sehingga kini, terdapat dua kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain