suria

Hanya 1 kes baharu Covid-19

Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19 ke atas orang awam. Foto Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan satu kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,002 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 193 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, satu kes baharu adalah kes penularan di dalam negara, melibatkan seorang warganegara Malaysia iaitu kes saringan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Selasa.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 16 kes yang telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,684 kes.

"Setakat ini, tiada kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain