Wah! mStar kini 15 tahun... Berbaloi-baloi jika iklankan produk anda, jom rebut pakej promosi istimewa

Portal gaya hidup mStar menyambut ulang tahun ke-15 pada Ogos ini.

PEJAM celik pejam celik sudah 15 tahun portal mStar bertapak dalam menghidangkan pelbagai kandungan buat masyarakat tanpa mengira usia.

Seiring dengan perkembangan dunia media digital, mStar yang mula dilancarkan oleh Star Media Group Berhad pada Ogos 2005 terus kukuh dengan kandungan yang sentiasa hangat dan segar tapi padat buat pembaca setia.

Menerusi tagline 'Urban dan Versatil', mStar selaku portal gaya hidup dan hiburan menyajikan dengan pelbagai bacaan menarik, menghiburkan, berilmiah dan bermanfaat.

Pelbagai ruangan pilihan pembaca

Pelbagai ruangan menjadi pilihan seperti segmen viral yang mengupas kisah dan perkara yang tular, hiburan dan gaya hidup.

Selain berita semasa dalam dan luar negara, mStar turut mempunyai seleksi hiburan yang dikenali sebagai Spotlight, serta sukan, travel dan laporan berbentuk video.

Menampilkan kelainan dan mengikut kehendak pembaca, mStar turut memperkenalkan lapan segmen di bawah ruangan Xpose iaitu Famili, I-Suke, Figura, Ad-din, Mode, Travel, Resepi dan Mistik.



Segmen Spotlight memaparkan berita hiburan dalam dan luar negara.

Segmen Famili memberi fokus kepada isu kekeluargaan, sosial dan kesihatan, segmen Figura pula mengetengahkan individu-individu berjaya dan berinspirasi, manakala I-Suke menampilkan pelbagai bahan bacaan menarik sekitar hal berkaitan hobi dan gajet.

Turut diketengahkan adalah segmen Mode mengenai aspek kecantikan, penggayaan dan fesyen, dan bagi mereka yang menggemari kisah misteri boleh mengikuti segmen Mistik serta Travel pula memberi tip untuk kaki melancong di dalam dan luar negara selain reviu lokasi percutian menarik untuk pengembara solo mahupun percutian sekeluarga.

Mstar juga memaparkan Ad-din, segmen agama yang mengupas mengenai pedoman hidup, tazkirah dan pelbagai isu berkaitan Islam, manakala Resepi turut memenuhi citarasa ramai dengan hidangan mudah disediakan selain Selera dengan mengetengahkan lokasi menarik untuk bersama keluarga menikmati variasi menu lazat.

Memang wow kan? Semuanya dalam satu di mStar. Tidak perlu bersusah-susah mengikuti banyak portal hingga pening kepala, dengan hanya satu klik semuanya disajikan untuk anda buat seisi keluarga.

Pencapaian dan anugerah

Mstar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia 2015 yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015. Ia dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).



Segmen Viral antara yang mendapat perhatian pembaca.

Pada 18 Ogos 2016 mStar menerima Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori Acara Terbaik Oleh Pemilik Media. yang berlangsung di Singapura.

Di peringkat nasional pula, mStar merangkul anugerah Kritikan Filem Terbaik, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianjurkan pada 26 November 2017.

Mstar turut menerima tempat kedua bagi penerbitan video dokumentari Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 3 Disember 2018.

Selain itu, mStar juga pernah membuat laporan khas mengenai Buruh Haram Malaysia di Korea Selatan yang pernah berjaya tersenarai sebagai finalis menerusi kategori Laporan Portal Berita di Hadiah Kewartawanan Malaysia 2018 MPI Petronas.

Sehingga kini, mStar telah berjaya ke peringkat akhir bagi kategori yang sama bagi tiga tahun berturut-turut.

Interaktif di media sosial

Lebih wow apabila mStar kini diikuti lebih 5.8 juta pengguna online bulanan, dengan 18 juta pageview serta lebih 2 juta pengikut di media sosial.

Sempena ulang tahun ke-15 mStar, kami menawarkan pengiklanan digital untuk anda mempromosikan produk dan perkhidmatan di portal mahupun platform media sosial kami.



Ruangan Xpose paparan gaya hidup dengan pelbagai segmen menarik.

Produk dan perkhidmatan anda bukan sahaja mendekati pembaca kami, mempunyai capaian tinggi dan seterusnya mereka akan berkunjung ke laman bisnes anda, malah mereka terus berminat untuk membuat pesanan dan pembelian!

Kuasa media digital dan media sosial ini memang lain macam, anda pasti berpuas hati dengan pilihan pengiklanan sama ada menerusi artikel, video malah reviu produk pun boleh.

Dengan lebih 2 juta pengikut media sosial, kami menawarkan platform Facebook dan Instagram (posting/story), termasuk segmen jualan di FB Live dan segmen borak secara live.

Pakej kali ini menjadi rebutan kerana harga tawaran menarik buat anda semua yang pastinya berbaloi-baloi.

Promosi iklan

Bagi kandungan berkonsepkan artikel (story telling) dengan lebih 500 patah perkataan, branded content akan terpapar di Homepage atau halaman utama selama tiga hari, termasuk disertakan sebagai 'Artikel Berkaitan' dan perkongsian di Facebok, Instagram dan Telegram.

Pakej kedua pula membolehkan anda membuat ulasan produk atau perkhidmatan menerusi advertorial kurang daripada 500 patah perkataan, dengan branded content terpapar dalam 'Artikel Berkaitan', serta dikongsikan di Facebook, Instagram dan Telegram.



Variasi video yang segar dan sensasi untuk tontonan pembaca.

Nikmati juga siaran video menerusi segmen di mStar (WhatThe/ #BiziBody/ KenotBrain/ Kalam/ Game Over/ Korset x Pipe/ Syoknya Travel), dengan harga istimewa. Pakej ini didatangkan juga siaran di laman YouTube mStar selain platform Instagram, Facebook dan Telegram. Branded content juga terpapar di halaman utama selama tiga hari dan turut disertakan pada Artikel Berkaitan.

Penghasilan video menarik

Video gaya hidup/rencana boleh menarik perhatian pembaca menerusi pakej istimewa yang berbaloi.

Review produk seperti makan juga pastinya menjadi lebih menarik dan menghiburkan untuk tatapan pembaca pula pada harga berpatutan.

Bukan itu sahaja, anda boleh mempromosikan produk menerusi posting di media sosial sehingga lima gambar untuk pakej istimewa. Malah, pakej bagi siaran di IG Story pula masih di paras yang sememangnya menarik.

Lebih cun, ada pakej di mana anda boleh membuat video yang disiarkan secara live di Instagram selama 30 minit untuk mempromosikan produk anda, dengan pakej promosi dua kali posting di Facebook dan Instagram.

Selain Instagram, anda juga mempunyai pilihan untuk membuat promosi menerusi Facebook Live selama 15 minit. Menerusi pakej ini, satu posting story di Facebook dan Instagram, dan menariknya ada tawaran promosi yang mana dua posting di Facebook dan Instagram.



Laman sosial Instagram merupakan salah satu platform mendekati para pembaca.

Malahan, anda jua berpeluang untuk mempromosikan produk menerusi segmen borak di Facebook Live yang berlangsung selama 60 minit. Dengan pakej istimewa ini, terdapat satu branded content (post-story) di mStar bersama traffic drivers. Pastinya anda tidak seharusnya melepaskan tawaran promosi berupa dua posting di Facebook dan Instagram serta satu story di Facebook dan Instagram.

Bagi anda yang mahu pengiklanan digital yang lebih padat dan ringkas, mStar juga menawarkan harga promosi yang menarik iaitu bentuk masthead, rectangular dan leaderboard.

Wah! Harga durian runtuh ni! Jadi, apa tunggu lagi? Anda perlu rebut peluang keemasan ini sempena ulang tahun mStar ke-15. Percayalah, segala-galanya amat berbaloi-baloi untuk anda.

Untuk info lanjut berkaitan langganan pakej yang tersenarai, sila emel ke advg@thestar.com.my atau hubungi Fara 0173520602; Fiza 0163680008; Hafzan 0122688424 dan Zackry 0122443923.

***Tertakluk terma dan syarat

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik