suria

15 kes baharu Covid-19, termasuk 6 jangkitan kedai nasi kandar

Petugas kesihatan menjalanan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 15 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,038 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 200 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tiga warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: 21 kes baharu Covid-19, semua rakyat Malaysia termasuk 3 jangkitan Kluster Sivagangga

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 10 kes penularan di dalam negara juga, lapan kes dalam kalangan warganegara dan dua bukan warganegara.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya pada sidang media, petang Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 11 kes yang telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,713 kes.

"Sehingga kini, terdapat dua kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Mengenai Kluster PUI Sivagangga di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan enam kes baharu positif Covid-19 pada Khamis, menjadikan jumlah terkini sebanyak 30 kes.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain