suria

Rosmah beri keterangan di SPRM

Gambar fail Rosmah Mansor.

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor kini bersama pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi merakamkan keterangannya sebelum didakwa pada Khamis.

Isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu pejabat SPRM di sini, pukul 11.40 pagi Rabu.

Media yang berkumpul di sini sejak pukul 8 pagi, hanya dapat mengambil gambar kereta yang dinaiki beliau, jenis Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WLQ11.

Peguam Rosmah, Datuk K. Kumaraendran dilihat tiba beberapa minit sebelum itu.

Kemungkinan Rosmah akan ditahan semalaman sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta pada Khamis.

Rosmah dan bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor dikatakan berdepan dengan enam pertuduhan melibatkan RM6.5 juta, berkaitan dengan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Ini akan menjadi kali kedua Rosmah akan dihadapkan ke mahkamah.

Pada 4 Oktober lalu, beliau didakwa dengan 17 pertuduhan kerana penggubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta. 

Rosmah ditahan SPRM semasa memberikan keterangan pada hari sebelumnya. 

Rosmah Mansor, SPRM

Artikel Berikut

Isa Samad dimasukkan ke IJN

Artikel Lain