Roger Ng diekstradisi ke AS dalam tempoh 60 hari - Semasa | mStar

Roger Ng diekstradisi ke AS dalam tempoh 60 hari

Roger Ng.

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dijangka diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 60 hari bermula dari hari penahanannya, berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Datuk Seri Amar Singh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata, Malaysia memperoleh perintah reman selama 60 hari berikutan penahanan Ng pada 1 November di Malaysia.

"Kita sedang membantu Jabatan Kehakiman (DoJ) AS.

"DoJ perlu menyelesaikan segala urusan dan dokumentasi yang diperlukan, berkaitan dengan proses ekstradisi dalam masa 60 hari," katanya pada sidang media selepas melancarkan balai polis Sri Hartamas, Rabu.

DoJ telah mendakwa bekas rakan sejawatnya, Tim Leissner bersama pembiaya, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, di atas dana yang disalahgunakan daripada 1MDB dan membayar rasuah kepada beberapa pegawai Malaysia dan Abu Dhabi.

Sebanyak tiga pertuduhan terhadap Jho Low, kerana menyalahgunakan wang daripada 1MDB dan menggunakannya untuk rasuah dan sogokan kepada pegawai asing, untuk membayar hartanah mewah, seni dan barang kemas di AS serta membiayai filem Hollywood, termasuk The Wolf of Wall Street. - The Star

Goldman Sachs , Roger Ng , Jho Low , 1MDB

Artikel Sebelum

Isa Samad dimasukkan ke IJN

Artikel Berikut

Bot ekspres terbakar di terminal Sibu

Artikel Berkaitan