suria

Bot ekspres terbakar di terminal Sibu

SIBU: Sebuah bot ekspres musnah selepas terbakar di sebuah terminal di sini, pagi Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam kemaskininya memberitahu, sebuah lagi bot ekspres bersebelahan di terminal di Jalan Khoo Peng Loong turut terjejas tetapi hanya mengalami kerosakan 10 peratus, dengan tindakan pantas pasukan bomba yang berjaya memadamkan kebakaran.

Jabatan itu menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.40 pagi dan seramai sembilan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Pasukan bomba menunda dua bot ke tengah-tengah Sungai Igan untuk memadamkan kebakaram, sebelum ia berjaya dipadamkan 30 minit kemudian.

Ketika kejadian, tiada penumpang di kedua-dua bot.

Bomba sedang menyiasat punca kejadian.

bot ekspres

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain