Musa Hitam nafi video tular kaitkan dengan perdana menteri - Semasa | mStar

Musa Hitam nafi video tular kaitkan dengan perdana menteri

Musa Hitam

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini menyangkal satu video tular di media sosial menunjukkan seolah-olah beliau pernah membangkitkan sikap jahat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Musa berkata, klip video berdurasi 20 saat itu telah disunting secara khusus untuk disesuaikan dengan tujuan pihak yang melakukan penularan.

“Isi kandungan artikel itu penuh dengan tindakan memotong klip video berkenaan dan menokok tambah ayat-ayat yang menyesuaikannya dengan objektif tertentu. Klip video itu tular hasil beberapa potongan di mana jelas seolah-olah saya mengeluarkan kata-kata kesat yang ditujukan ke atas Dr Mahathir,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Musa menjelaskan, video itu beasaskan kepada satu majlis diskusi yang berlaku kira-kira empat tahun dulu apabila pengerusi majlis memintanya memberi komen berhubung peletakan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dahulu.

Musa adalah timbalan perdana menteri kelima dari 1981 hingga 1986.

Beliau berkata apabila diteliti kenyataan dan klip video berkenaan, jelas bahawa perkataan 'kotor', 'berdosa besar' dan sebagainya bukan dituju kepada Dr Mahathir tetapi kepada aktivis politik yang menyarankan untuk menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.- Bernama

Musa Hitam , video , pm

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rosmah beri keterangan di SPRM

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?