Adun Sungai Kandis dirawat jangkitan paru-paru - Semasa | mStar

Adun Sungai Kandis dirawat jangkitan paru-paru

Shuhaimi Shafiei. Foto ELAN PERUMAL

SHAH ALAM: Adun Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei  sedang menjalani rawatan akibat jangkitan paru-paru sejak beberapa minggu lalu dan difahamkan setakat ini keadaan beliau stabil dan sedang berehat setelah menerima rawatan.

Menurut sumber dalaman PKR, Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor terpaksa menghentikan aktiviti politik buat sementara waktu sejak selesai PRU14 lalu.

"Selepas PRU14, memang dia kurang sihat dan demam,setelah melakukan pemeriksaan kesihatan baru-baru ini mendapati beliau kena jangkitan paru-paru.

"Jadi dia terpaksa membuat rawatan susulan di hospital. Namun, sekarang ini dia berehat di rumah dan dalam keadaan stabil, cuma memerlukan sedikit lagi masa.

"Perkembangan tahap kesihatannya buat masa ini positif, saya rasa selepas hari raya nanti dia akan kembali bertugas semula seperti biasa," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Shuhaimi yang menang kerusi Sungai Kandis pada PRU14 lalu dikatakan menghadapi masalah kesihatan yang memerlukan rawatan dan rehat buat sementara waktu.

Shuhaimi dikatakan menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sejak beberapa minggu lalu.

Dalam tempoh itu juga, nama Shuhaimi disebut-sebut antara calon utama menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan memegang portfolio di peringkat persekutuan. - SINAR HARIAN

Shuhaimi Shafiei

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain