suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amanah umum 13 calon bertanding di Kedah

Barisan calon Amanah yang bakal bertanding pada PRU14 di Kedah.

ALOR SETAR: Amanah Kedah menamakan 13 pemimpin parti bertanding di tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun untuk PRU14.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada Ceramah Perdana Bekas ‘Singa’ Pas bersama Naib Presiden Parti, Husam Musa; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Ceramah itu berlangsung, di Jalan Hutan Kampung Alor Setar, di sini, malam Khamis.

Calon Parlimen:

1. Padang Terap: Mohd Khairizal Khazali (Naib Ketua Pemuda Amanah Kedah)

2. Pokok Sena: Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden Amanah)

3. Sik: Azli Uda (Jawatankuasa Pimpinan Amanah Sik)

Calon Dun:

1. Kota Siputeh: Dr Salmee Said (Naib Pengerusi Amanah Kedah)

2. Alor Mengkudu: Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Timbalan Pengerusi Amanah Kedah)

3. Kubang Rotan: Mohd Asmirul Anuar Aris (Ketua Pemuda Amanah Kedah)

4. Pengkalan Kundur: Datuk Dr Ismail Salleh (Pengerusi Amanah Kedah)

5. Tokai: Mohd Firdaus Jaafar (AJK Biro Pilihanraya Amanah Peringkat Nasional)

6. Sungai Limau: Zahran Datuk Abdullah (Anak Bekas Speaker Dun Kedah).

7. Belantek: Abdul Rashid Abdullah (Timbalan Ketua Amanah Kawasan Sik)

8. Pantai Merdeka: Rosli Yusof (Pengarah Hal Ehwal Syariah Amanah Kedah).

9. Kupang: Johari Abdullah (Naib Pengerusi 3 Amanah Kedah)

10. Merbau Pulas: Abd Razak Salleh (Ketua Amanah Kawasan Padang Serai). - Sinar Online

Amanah, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain