suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun Bank RM58 Juta Dibeku Susulan MBI Diserbu

GEORGE TOWN: Beberapa akaun bank berjumlah RM58 juta dibeku susulan serbuan ke atas premis dan kompleks membeli-belah yang dikendalikan MBI Group International.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), akaun-akaun tersebut dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Pada Isnin, sekumpulan pegawai penguatkuasa dari pelbagai agensi menyerbu pusat logistik M Square di Kuala Lumpur dan M Mall, kompleks membeli-belah di Pulau Pinang di mana pembeli menggunakan mata ganjaran kesetiaan untuk menukarkannya dengan barangan.

Serbuan itu diketuai kementerian, termasuk polis dan anggota dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara.

Sidang media berhubung perkara tersebut dijadualkan diadakan pada pukul 3 petang, Rabu di Bahagian Penguatkuasa di KPDNKK di Putrajaya.

MBI International baru-baru ini diberi amaran peringkat akhir oleh Bank Negara Malaysia kerana skim kewangannya yang dipersoalkan.

Ahli skim itu membuat pelaburan wang dan akan mendapat sejumlah syiling maya sebagai pulangan.

Selepas tempoh tertentu lebih setahun, mereka boleh membuat pertukaran syiling tersebut kepada mata untuk dibelanjakan di beberapa perkhidmatan dan runcit di bawah bumbung MBI seperti M Mall.

Skim ini memberi pulangan besar setahun dan ia dipercayai merupakan skim kewangan yang diasaskan di Pulau Pinang yang paling lama beroperasi.

Artikel Berikut

Artikel Lain