suria

'Dr Ganja' Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas tentera berusia 58 tahun ditahan oleh polis kerana didakwa mempromosi dan memasarkan pelbagai produk berasaskan ganja di media sosial, dan menjual produk-produk itu dari rumahnya di Kampung Derek Dalam di Klang dekat sini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (JSJN) Datuk Kang Chew Chiang berkata, lelaki itu ditahan bersama isterinya, warga Indonesia berumur 35 tahun dan seorang pembantu berusia 38 tahun dalam satu serbuan di rumah itu pada Jumaat lepas.

Beliau berkata lelaki itu, yang menggunakan nama 'Dr Ganja' turut mendakwa produknya boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.

Chew Chiang berkata lelaki itu telah mempromosikan manfaat menggunakan ganja di media sosial dan telah mendapat pengikutnya sendiri.

"Mereka yang percaya dengan dakwaannya akan pergi ke rumahnya untuk membeli produk berasaskan ganja," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Selasa.

Beliau menambah lelaki itu mendakwa bahawa niatnya adalah untuk membantu orang ramai dan turut menyampaikan produk secara percuma kepada mereka yang tidak mampu.

Chew Chiang berkata polis turut merampas pelbagai produk yang dipercayai mengandungi ganja, termasuk empat liter minyak, 21 botol marjerin, 70 bar coklat, 66 botol madu, sembilan botol susu dan dua potong kek.

Beliau berkata polis turut merampas 18 tumbuhan ganja, 4kg serbuk dipercayai ganja dan 72kg benih ganja.

Ketiga-tiga suspek didapati positif dadah dan kini ditahan reman selama tujuh hari.

Dr Ganja, ganja, media sosial

Artikel Sebelum

Gila Mahal Gila-Gila!

Artikel Berikut

Artikel Lain