suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Dapat Bonus Raya?

PETALING JAYA: Harapan palsu. Mungkin itulah perasaan yang dirasakan oleh kakitangan awam yang menerima khidmat pesanan ringkas melalui aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Pesanan itu mengatakan bahawa kakitangan awam bakal menerima bonus raya yang akan dimasukkan ke akaun mereka pada 13 Jun ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ketika dihubungi mengesahkan bahawa maklumat yang tersebar itu adalah palsu.

"Tak benar tu. Palsu," jawabnya ringkas melalui aplikasi Whatsapp.

Pesanan yang tersebar itu turut memberi jaminan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bonus bantuan sebanuak RM850 kepada kakitangan awam, manakala RM550 pula kepada pesara kerajaan.

"Segala pembayaran akan dikreditkan ke akaun penjawat awam mulai 13 Jun 2017.

"Ini adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi meringankan beban kakitangan kerajaan sempena menyambut perayaan Aidilfitri 2017," menurut pesanan palsu tersebut.

Cuepacs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain