suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Maut Ketika Beli Juadah Berbuka

Muhammad Husaini yang patah kedua dua kaki meninggal dunia jam 3.20 pagi Isnin ketika menerima rawatan di Hospital Besut. Foto Sinar Harian

BESUT: Dua beradik terbunuh dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Raja-Tembila kira-kira 7 malam Ahad.

Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris itu ialah Muhammad Hafizuddin Che Mat,  21, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan adiknya Muhammad Husaini, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kenderaan pacuan empat roda itu yang dipandu oleh Mohd Azra Ab Rahman, 36, dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Raja ke Tembila.

"Ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan itu tiba-tiba mengalami kerosakan hingga menyebabkan ia hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang ditunggang dua beradik tersebut.

Katanya, akibat rempuhan itu Muhammad Hafizuddin meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya Muhammad Husaini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira 3.20 pagi ini ketika sedang dirawat di hospital itu.

Mohd Zamri berkata kedua-dua beradik yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Tembila itu difahamkan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. - Bernama

Artikel Berikut

Modal Lapuk - Idris Ahmad

Artikel Lain