suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua JSJ Daerah Melaka Dibebas Ikat Jamin

PUTRAJAYA: Seorang ketua jabatan siasatan jenayah daerah di Melaka yang disiasat di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut dibebaskan dengan ikat jamin.

Majistret, Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membebaskan suspek berusia 49 tahun dengan ikat jamin RM50,000 pada Isnin.

Suspek yang berpangkat deputi superitendan sebelum ini direman tujuh hari.

Ketua jabatan siasatan jenayah itu merupakan salah seorang daripada 13 individu yang ditahan SPRM dalam siasatan berhubung dakwaan mengutip wang perlindungan terhadap pengusaha rumah urut dan pusat perjudian haram di Melaka.

Antara individu ditahan adalah dua ketua polis daerah dan beberapa orang tengah serta pengendali premis perjudian. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ramai Guru Pindah Jun Ini

Artikel Lain