suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penalti Terhadap Pengendali Khidmat E-Hailing Langgar Undang-Undang - SPAD

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan penalti terhadap pengendali perkhidmatan e-hailing atau pemandunya serta menyita kenderaan pemandu jika didapati melanggar undang-undang.

Kenyataan SPAD yang merujuk kepada dakwaan kes rompakan oleh pemandu Uber terhadap seorang penumpang wanita di Puchong, Ahad lalu itu menyebut bahawa walaupun kejadian itu diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPAD amat memandang serius perkara tersebut.

SPAD juga menyarankan agar Uber mengkaji semula proses saringan pemandu mereka pada kadar segera.

"Apabila peraturan e-hailing diluluskan oleh Parlimen (dijangka pada Julai 2017), pengendali perkhidmatan e-hailing akan bertanggungjawab untuk mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.

"Di bawah pindaan yang dicadangkan bagi Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan SPAD dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu turut mengucapkan syabas atas tindakan pantas PDRM dalam memberkas pemandu yang berusia 22 tahun berkenaan bagi siasatan lanjut dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan.-- Bernama 


SPAD, e-hailing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain