suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mulai 1 Jun Denda RM250 Jika Gagal Asing Sampah

GEORGE TOWN: Denda RM250 akan dikenakan terhadap pengguna yang gagal mengasingkan bahan kitar semula dengan sampah umum mulai 1 Jun ini.

Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Yew Tung Seang berkata, denda itu untuk mereka yang gagal mematuhi peraturan pengasingan bahan buangan yang ditetapkan itu.

"Tempoh selama setahun telah diberikan kepada semua pihak untuk membiasakan diri dengan dasar yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, pemeriksaan rambang akan dilakukan di sekitar kawasan tadbiran MBPP menerusi Ops Kawal Selia Pengasingan Sisa," katanya.

Tung Seang menggesa orang ramai supaya bekerjasama mengasingkan bahan buangan untuk mengurangkan sampah di negeri itu bagi memastikan tapak pembuangan dapat beroperasi lebih lama.

Mengikut dasar yang ditetapkan, penduduk di kediaman bertanah perlu menempatkan bahan buangan seperti kertas, plastik dan bekas aluminium di tepi tong sampah untuk dikutip lori pihak berkuasa tempatan itu pada Sabtu (2 hingga 5 petang di bahagian pulau dan 8 pagi hingga 4 petang di tanah besar).

Bagaimanapun, bagi penghuni kediaman bertingkat pula, badan pengurusan bersama akan mengendalikan sistem pengasingan bahan buangan.

Jawatankuasa pengurusan pangsapuri perlu menyediakan ruang untuk penduduk terlibat meletakkan sampah, termasuk bahan kitar semula.

MBPP, Yew Tung Seang

Artikel Lain