suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Pegawai Polis Berpangkat ASP Direman Tujuh Hari

-Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Seorang pegawai polis berpangkat ASP direman tujuh hari bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Perintah reman bermula hari ini hingga 31 Mei itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Lelaki berumur 51 tahun itu yang merupakan ketua jabatan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi semalam di Melaka.

Penahanan itu menjadikan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. -Bernama

rasuah, ASP, wang perlindungan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain