suria

Pembantu Rumah: Kemboja Tarik Balik Sekatan

PUTRAJAYA: Kemboja menarik balik sekatan selama enam tahun terhadap rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia apabila kumpulan pertama bakal tiba selepas Aidilfitri.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kerajaan kedua-dua negara telah mencapai persetujuan berhubung perkara itu baru-baru ini.

"Persetujuan untuk menghantar pembantu rumah negara itu ke sini secepat mungkin dicapai semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat di Kemboja.

"Mereka dijangka tiba selepas Aidilfitri," katanya selepas melancarkan buku panduan majikan pembantu rumah warga asing, Khamis.

Pada 2011, Kemboja mengharamkan warganya daripada bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia susulan beberapa laporan kes penderaan.

Bagaimanapun, Riot berkata, bilangan pekerja yang akan dihantar belum diputuskan dan ia bergantung kepada permintaan.

Beliau menambah, pembantu rumah Kemboja juga disyaratkan supaya menjalani latihan sekurang-kurangnnya sebulan sebelum diambil bekerja di negara ini.

"Mereka akan menjalani latihan untuk lebih memahami budaya kerja di negara ini, selain isu bahas, budaya dan agama," katanya.

Kemboja, Riot

Artikel Sebelum

Rempuhan 'Pak Hitam'

Artikel Berikut

Artikel Lain