suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reman Individu Jerit 'Bom' Disambung

GAMBAR HIASAN

IPOH: Reman terhadap seorang individu yang menjerit terdapat bom di dalam kereta ketika kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Jalan Ipoh-Lumut, Bota Kiri pada Sabtu lalu disambung tiga hari lagi mulai Khamis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata lelaki berumur 30 tahun itu yang sebelum ini direman empat hari yang tamat hari ini.

"Perintah sambung reman dibenarkan oleh Majistret Mohd Fitri Sadarudin bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan yang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada kejadian 25 Feb itu, individu terbabit didapati meninggalkan kereta  Mercedez Benz yang dipandunya di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dan kemudian menjerit memberitahu orang ramai terdapat bom di dalam keretanya sebelum dia melarikan diri menaiki kereta rakannya.

Pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia kemudiannya mendapati tidak terdapat sebarang bom atau bahan kimia di dalam kereta itu tetapi sekadar sebilah parang.

Suspek telah menyerah diri kepada pihak polis di lokasi kejadian kira-kira sejam kemudian dan hasil siasatan mendapati dia mepunyai dua rekod lampau  melibatkan kes dadah serta curi kenderaan.

Lokasi kejadian merupakan laluan peringkat keempat LTdl yang berlaku kira-kira 15 minit selepas kumpulan pelumba terakhir melalui kawasan tersebut.

Suspek dipercayai telah mengekori para pelumba dari jarak jauh sebelum bertindak. Motif sebenar tindakan individu itu masih disiasat.

LTdl, Bom

Artikel Lain