suria

Pengarah Syarikat Bergelar Datuk, Pegawai GLC Didakwa Kemuka Tuntutan Palsu RM789,360

PETALING JAYA: Seorang Pengarah syarikat pembekal peralatan carigali berstatus Datuk bersama seorang pegawai penyelaras syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa membuat tuntutan palsu dan bersubahat melibatkan wang berjumlah RM789,360.

Kedua-duanya yang disiasat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan pada Isnin.

Pengarah syarikat pembekal peralatan carigali tersebut, Datuk Kok Chung Fui, 43, didakwa dengan 28
pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, manakala pengawai kanan syarikat GLC itu pula, William Edmund Silla, 43, didakwa dengan 28 pertuduhan mengikut seksyen yang sama . Pertuduhan dibaca bersama Perenggan 28(1)(b) Akta 694.

Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan satu hingga 28, Chung Fui sebagai Pengarah CK Oil & Gas Sdn. Bhd. telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. berkaitan pembekalan peralatan berjumlah keseluruhan RM789,360 sedangkan peralatan tersebut tidak dibekalkan.

Selain itu, William pula didakwa bersubahat atas perbuatan tersebut dengan menandatangani dokumen-dokumen berkaitan.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Scomi Oiltools Sdn. Bhd., Labuan Integrated Base,
Labuan pada 18 September 2013.

Jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua orang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kedua-duanya turut dikehendaki melapor diri di Pejabat SPRM Labuan awal minggu pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 10 April sebagai tarikh sebut semula kes.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Rozanna Abdul Hadi dan Rustam Sanip.


Kedua-duanya yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Wilayah Persekutuan Labuan pada Isnin.

Pengarah syarikat pembekal peralatan carigali tersebut, Datuk Kok Chung Fui, 43, didakwa dengan 28 pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, manakala pengawai kanan syarikat GLC itu pula, William Edmund Silla, 43, didakwa dengan 28 pertuduhan mengikut seksyen yang sama . Pertuduhan dibaca bersama Perenggan 28(1)(b) Akta 694.

Kedua-dua suspek mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan satu hingga 28, Chung Fui sebagai Pengarah CK Oil & Gas Sdn. Bhd. telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. berkaitan pembekalan peralatan berjumlah keseluruhan RM789,360 sedangkan peralatan tersebut tidak dibekalkan.

Selain itu, William pula didakwa bersubahat atas perbuatan tersebut dengan menandatangani dokumen-dokumen berkaitan.

Kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Scomi Oiltools Sdn. Bhd., Labuan Integrated Base, Labuan pada 18 September 2013.

Jika sabit kesalahan kedua-dua suspek boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan dua orang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Kedua-duanya turut dikehendaki melapor diri di Pejabat SPRM Labuan awal minggu pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 10 April sebagai tarikh sebut semula kes.

Bagi pihak SPRM, kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Rozanna Abdul Hadi dan Rustam Sanip.


SPRM, GLC, Kok Chung Fui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain