suria

Liow: Tahun Ayam Beri Inspirasi Perpaduan

KUALA LUMPUR: Tahun Ayam Api boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan bekerja keras bagi membangunkan negara ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ketika menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina pada majlis Rumah Terbuka MCA di ibu pejabat parti itu di sini, Liow berkata rakyat mempunyai sebab untuk berasa gembira kerana Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang stabil dan bersatu padu.

"Tahun ini Ayam Api boleh membantu memberi semangat baharu kepada semua rakyat bahawa kita perlu bangun awal, bekerja lebih keras, bersatu dan menggunakan tenaga secara positif," katanya.

Liow berkata Tahun Baru Cina yang disambut semua kaum di Malaysia boleh menguatkan lagi semangat keharmonian dan perpaduan di negara ini.

"Kita menyambut Tahun Baru Cina kali ini dalam suasana yang ceria kerana negara kita stabil, harmoni dan bersatu padu," katanya.

Liow berkata banyak nilai-nilai murni boleh dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina.

"Setiap kali kita menyambut Tahun Baru, masyarakat Cina digesa untuk membuat hajat yang baik dan positif," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain