SPRM Perlu Bukti Kukuh Elak 'Jerung Besar' Terlepas - Penganalisis - Semasa | mStar

SPRM Perlu Bukti Kukuh Elak 'Jerung Besar' Terlepas - Penganalisis

KUALA LUMPUR: "Tunggu", itulah kata-kata tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad kepada mana-mana ahli anggota politik yang terbabit dengan rasuah di negara ini.

Mengulas amaran daripada ketua SPRM itu, Profesor Madya di Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi berkata ia mencerminkan ketegasan SPRM untuk bertindak tanpa mengira ideologi parti, pangkat dan kedudukan. 

Namun beliau berkata untuk memastikan anggota politik terbabit atau 'jerung besar' itu tidak terlepas, SPRM memerlukan bukti kukuh kerana undang-undang adalah berteraskan fakta dan bukan sekadar persepsi semata-mata.

"Proses pendakwarayaan sesuatu yang kompleks. Hanya disebabkan kesilapan teknikal boleh jejaskan sesuatu kes tersebut. Isu ikan bilis dan ikan jerung besar sering berkumandang setiap kali ada tangkapan dan sabitan. 

"Namun pandangan seumpama tersebut perlu ada contoh dan bukti-bukti konkrit kerana ada kalanya ia bersifat persepsi atau prasangka semata-mata. Hal ini kerana hakikatnya undang-undang berteraskan fakta dan bukti yang cukup kuat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Awang Azman berkata dalam meneruskan kesinambungan komitmen tinggi membanteras rasuah yang kini dianggap musuh nombor satu negara selepas dadah, SPRM juga perlu memberi keyakinan kepada rakyat setiap kali tangkapan dibuat tertuduh berjaya didakwa dan disabitkan kesalahan di mahkamah. 

"SPRM perlu elak persepsi bahawa penahanan ini disebabkan tempoh PRU (pilihan raya umum) semakin dekat. 

"Yang ingin dilihat oleh golongan rakyat ialah sejauh mana tangkapan ini berjaya didakwa dan disabitkan oleh mahkamah," katanya. 

Tegas beliau dalam membasmi rasuah fokus tidak seharusnya kepada penjawat awam malah juga pihak usahawan yang memberi suapan agar tidak terlepas daripada sebarang tindakan dan kekal bebas di luar. 

"Pihak SPRM perlu fokuskan pemberi suapan dan perlu kenakan hukuman yang lebih keras untuk pengajaran kepada yang lain agar tidak berani memberikan sogokan rasuah.  

"Tanpa pemberi rasuah, rasuah tak akan berlaku. Jadi, untuk menuding penerima rasuah adalah tidak memadai," katanya. 

Dalam tangkapan terbaru Op Caviar pada 24 Januari lalu, lima orang termasuk dua bekas pegawai kanan Felda ditahan di sekitar Lembah Klang kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.

Awal bulan ini SPRM merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta susulan penahanan seorang ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian disyaki terlibat dalam rasuah.

Selain penahanan itu, seorang lagi suspek lelaki berusia 29 tahun turut ditahan kerana disyaki berperanan menerima serta menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor bagi pihak KSU yang berumur 59 tahun dan bergelar 'Datuk' itu. 

Semalam dalam satu ditemu bual oleh saluran berita Astro Awani, Dzulkifli berkata SPRM tidak boleh mendedahkan siapa yang akan ditangkap atau bila tangkapan dilakukan sambil menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan rasuah.

Beliau berkata SPRM bertindak terhadap pelaku tanpa mengira pangkat dan kedudukan - sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun penjawat awam.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil sepanjang tahun lalu SPRM menahan 932 individu kerana terbabit salah laku rasuah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, SPRM telah membuka 982 kertas siasatan dan 258 daripadanya dibawa ke mahkamah setakat 15 Disember lepas.

Shamsun Baharin turut menzahirkan kebimbangan berhubung penglibatan golongan muda dalam gejala itu berikutan 54 peratus iaitu 1,267 daripada 2,346 individu yang ditahan dari tahun 2014 hingga 2016 berusia bawah 40 tahun.-- Bernama

SPRM , UM , Awang Azman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Hilang Daki Broga Ditemui

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain