PM Najib Harap Ekonomi Negara Tambah Baik Sempena Tahun Baharu Cina - Semasa | mStar

PM Najib Harap Ekonomi Negara Tambah Baik Sempena Tahun Baharu Cina

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menggaul Yee Sang ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap ekonomi negara akan bertambah baik bersempena Tahun Baharu Cina 2017.

"Sempena Tahun Ayam ini juga, diharap segala usaha kerajaan untuk membela rakyat dapat kita pertingkatkan dan semoga tahun ini bebas daripada sebarang ancaman terutama dari segi keselamatan negara," katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya harapannya bersempena Tahun Ayam selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA di sini, Sabtu.

Beliau juga berharap rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni serta bersama-sama mengukuhkan lagi perpaduan kaum.

Najib turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa yang meraikannya.Terdahulu Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa kira-kira sejam pada majlis rumah terbuka anjuran MCA itu.

Najib yang berpakaian batik berwarna merah dan Rosmah yang berpakaian tradisional masyarakat Cina berwarna ungu disambut barisan kepimpinan tertinggi MCA diketuai Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, sambil diiringi paluan gendang dan persembahan tarian singa.

Beliau dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) kemudiannya menggaul salad ikan mentah 'yee sang', hidangan utama musim perayaan yang dianggap juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Najib dan para tetamu turut menyaksikan lakaran kaligrafi Cina oleh Presiden Kaligrafi Malaysia Dr Wong Kum Peng sebelum mengambil peluang  melakarkan satu perkataan Cina iaitu 'Chun' yang bermaksud 'the spring festival of the year' (festival musim bunga).

Turut hadir Presiden MIC yang juga Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Hadir sama Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi dan bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Tetamu pelbagai kaum dan pelancong asing turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu sambil menyaksikan persembahan warisan paluan Gendang 24 Perayaan, tarian tradisional Cina dan nyanyian.

Sementara itu, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata rakyat perlu bersama-sama meningkatkan iltizam dan semangat untuk terus bekerja keras menghadapi cabaran tahun ini yang diharap menjadi tahun pembawa rezeki untuk Malaysia.

"Ayam ni berkokok awal. Pagi-pagi sudah bangunkan kita dari tidur yang nyenyak. Pada zaman moden ini kita juga perlu ada semangat untuk bangun awal, bekerja kuat.

"Oleh itu, saya rasa semangat ayam berkokok pagi dan bangun awal boleh menjadi satu amalan kita untuk meningkatkan produktiviti. Ini kerana sebagai negara yang sedang melalui proses transformasi, kita perlu mempunyai nilai produktiviti yang tinggi," kata beliau.-- Bernama


Najib , Tahun Ayam

Artikel Sebelum

Lelaki Hilang Daki Broga Ditemui

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain