suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan Di Jordan: Semua Pelajar Malaysia Selamat

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan, lapan (8) pelajar daripada Universiti Yarmouk, Jordan yang terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Hashemine/ Ma'an selamat.

Empat daripada pelajar berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Ma'an manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Semua pelajar yang dirawat telah dibenarkan keluar dari hospital berkenaan.

Senarai pelajar yang terlibat adalah seperti berikut: 

*Muhd Faqrullah Bin Anuar, 20 tahun 

*Mohammad Ammar Bin Asri, 21 tahun 

*Wan Ahmad Syukri Bin Wan Zaki, 20 tahun 

*Muhammad Hafiz Bin Zamzam, 20 tahun 

*Umar Faruq Bin Abdul Fatah, 21 tahun 

*Nabil Syahmi Bin Nazmi, 20 tahun 

*Mohd Zaznizam Izzat Izni Bin Zamani, 20 tahun 

*Wan Muhammad Aqif Bin Wan Muzdi, 20 tahun.

Pihak Education Malaysia (EM) di Jordan dan Kedutaan Besar Malaysia, Jordan telah memberikan bantuan yang sesuai kepada semua pelajar yang terlibat.


Jordan, Hospital Ma'an

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain