suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Rakam Gambar Ketika Memandu - JPJ Kedah

Gambar hiasan pemandu kereta merakam gambar kenderaan di hadapannya.

ALOR SETAR: Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Sharif berkata pemandu kenderaan tidak boleh merakam gambar atau video mengenai kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya yang lain walaupun ia bertujuan untuk disalurkan kepada JPJ.

Beliau berkata pemandu berkenaan boleh diambil tindakan jika berbuat demikian kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan kesalahan di bawah Kaedah 17 A, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda sebanyak RM300.

"Memang kita galakkan orang ramai membantu salurkan maklumat melalui pelbagai aplikasi, tapi sepatutnya gambar atau video mestilah diambil oleh orang lain dalam kenderaan dan bukannya pemandu itu sendiri," katanya kepada pemberita.

Beliau melancarkan Ops Tahun Baharu Cina 2017 peringkat negeri Kedah pada Rabu malam.

Sebanyak 560 kenderaan diperiksa dalam operasi di sekitar Jalan Pegawai disini dan 75 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. -Bernama

Rakam gambar, pemandu, JPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain