suria

Pilihan Raya Sabah: Keputusan Ditangan PM - Hisham

Hishammuddin ketika meninjau keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Agama Kampung Jawa, Segamat, Khamis.

SEGAMAT: Hanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan sama ada pilihan raya awal akan diadakan di Sabah atau tidak, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau juga menyerahkan kepada pengerusi Barisan Nasional (BN) berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, sebagai naib presiden Umno, suka saya ingatkan kepada semua ahli parti terutama yang terlibat dalam jentera pilihan raya supaya sentiasa bersiap sedia.

"Tidak kisah sama ada pilihan raya akan diadakan di Sabah, Johor atau mana-mana saja, tetapi yang penting kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Agama Kampung Jawa pada Khamis.

Beliau diminta mengulas laporan eksklusif The Star mengenai kemungkinan Sabah akan mengadakan pilihan raya seawal April ini.

Difahamkan Najib telah bersetuju dengan cadangan pilihan raya awal itu tetapi beliau telah meminta data penilaian berkaitan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah sebelum membuat keputusan.

Idea untuk mengadakan pilihan raya berasingan di Sabah timbul sejak Jun lalu selepas kemenangan BN pada pilihan raya negeri Sarawak.

Sabah pernah menjalankan pilihan raya berasingan sebelum Pilihan Raya Umum 2004.

Sabah, pilihan raya, Najib, Hishammuddin

Artikel Sebelum

Artikel Lain