suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas CEO Anak Syarikat GLC Ditahan Berhubung Rasuah RM2.5 Juta

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah melibatkan RM2.5 juta.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 3.30 petang tadi.

"Dia dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini.

Sumber itu berkata suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta di sini, Khamis.

Selain itu, suspek akan dituduh bagi lima pertuduhan berkaitan pecah amanah yang dipercayai dilakukan di antara 30 April dan 30 Oktober 2013, katanya.

Semasa dihubungi hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan.

rasuah, SPRM, GLC

Artikel Berikut

Redah Banjir Demi Kucing

Artikel Lain