suria

Banjir: 22 Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok

Kanak-kanak dan penduduk kampung bermain air banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan. -foto Aimuni Tuan Lah
KOTA BHARU: Sebanyak 22 sekolah di Kelantan ditutup esok (Khamis) berikutan keadaan banjir yang belum pulih.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata penutupan sekolah terbabit melibatkan sejumlah 5,644 pelajar dan 646 guru.

Jumlah itu merangkumi tujuh sekolah di Jajahan Pasir Mas, empat sekolah di Jajahan Tumpat, enam sekolah di Jajahan Kuala Krai, tiga sekolah di Jajahan Tanah Merah dan dua sekolah di Jajahan Gua Musang.

Sekolah yang ditutup di Pasir Mas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang, SK Sri Rantau Panjang 1, SK Bakong, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Khay Boon, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah, SABK Diniah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang.

Di Jajahan Tumpat, sekolah yang ditutup ialah SK Bendang Pak Yong, SK Simpangan, SK Telok Jering dan SABK Nurul Huda.

Sekolah yang ditutup di Jajahan Kuala Krai ialah SK Bahagia, SK Pemberian, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Sa'datul Qura.

Di Jajahan Tanah Merah pula sekolah yang ditutup ialah SK Ladang Kerilla, SK Sokor dan SMK Ladang Kerilla manakala di Jajahan Gua Musang ialah SK Lebir dan SK Pasir Linggi.

Penutupan sekolah berkenaan berikutan laluan ke sekolah ditenggelami air dan tidak selamat untuk pelajar dan guru selain dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir.

Artikel Lain