suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar Maut Terjatuh Di Pusat Beli-Belah

IPOH: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut dipercayai terjatuh dari bahagian bumbung sebuah pusat beli-belah yang terletak berhadapan sekolahnya di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa berpakaian sekolah, terjatuh bersama beg sekolahnya.

"Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi telah pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata siasatan ke atas mangsa mendapati tiada kesan lebam di tangan atau badan selain tiada saksi yang melihat kejadian.

"Siasatan melalui pihak sekolah tidak memperoleh sebarang maklumat. Ibu dan bapa mangsa telah berpisah tetapi masih berhubung dan mereka mengatakan mangsa tiada masalah," katanya.


Sum berkata pihak polis telah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah itu untuk membantu siasatan.

Artikel Lain