suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengendali Akaun Sarawak Update Serah Diri

MIRI: Polis Sarawak menahan pengendali akaun Facebook, Sarawak Update bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dilemparkan kepada seorang menteri di negeri itu.

Lelaki berusia 45 tahun itu menyerah diri di ibu pejabat polis di Kuching pada 10.30 pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), SAC Dev Kumar berkata, lelaki berkenaan ditahan selepas dia menyerah diri.

Selain itu, telefon milik lelaki berkenaan turut dirampas untuk siasatan.

Bagaimanapun tempoh lelaki itu ditahan tidak dapat dipastikan.

Dua hari lalu, Sarawak Update didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman kepada seorang menteri Sarawak.

Penahanan lelaki itu merupakan yang keenam melibatkan pengguna Facebook selepas kematian Tan Sri Adenan Satem.

Sarawak Update

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun M Juara 'U-Turn' - Najib

Artikel Lain