suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelbagai Pihak Sokong Usaha SPRM Perangi Rasuah Penjawat Awam

PETALING JAYA: Komuniti bisnes, pengusaha industri, penjawat awam dan Bukit Aman sedia memberi kerjasama penuh terhadap usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memerangi gejala rasuah di kalangan kakitangan kerajaan.

"Saya telah nyatakan dengan jelas bahawa tiada toleransi jika ia melibatkan rasuah atau pegawai yang tidak jujur dan tindakan akan diambil.

"Usaha memerangi rasuah dilakukan daripada pelbagai sudut dan pasukan polis juga tidak terkecuali dalam melaksanakan peranannya," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketika ini, katanya, Bukit Aman sentiasa proaktif dalam usaha untuk menangani isu pegawai yang dikesan tidak jujur menerusi Jabatan Pematuhan Piawaian dan Integriti.

Khalid mengulas pengisytiharan SPRM untuk memerangi rasuah penjawat awam yang disampaikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Azam Baki.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda pula menganggap langkah SPRM itu tentunya dapat meningkatkan integriti di kalangan penjawat awam.

Malahan, katanya, ia juga dapat memperbaiki kedudukan negara di pentas antarabangsa daripada segi ketelusan dalam budaya kerja.

Beliau juga berharap, SPRM dapat memberi tumpuan terhadap usaha untuk merangka langkah-langkah pencegahan bagi menangani isu ini.

Selain itu, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia, Datuk Low Kian Chuan berkata, langkah SPRM itu sesuai pada masanya kerana banyak laporan kebocoran dana awam dikesan menerusi Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Kami harap SPRM melaksanakan tindakan ini dengan serius. Komuniti bisnes akan memberi kerjasama dan menyokong usaha mereka," katanya.

SPRM, Bukit Aman, Azih Muda

Artikel Sebelum

Artikel Lain